Rabu, 27 November 2013

Set Bersalin /Berpantang cara Moden dengan Shaklee


Set Bersalin Shaklee
 boleh diambil hari pertama ibu-ibu bersalin. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD berbanding Jamu biasa.

Saya percaya ibu-ibu yang sedang hamil pasti sibuk mencari set bersalin yang sesuai dan terbaik, terutama yang memilih untuk menyusukan bayi.

Soalan yang bermain di fikiran anda semestinya…set bersalin mana yang terbaik? set berpantang mana yang sesuai? Set mana yang sesuai jika baby jaundis?

Seharusnya, anda perlu mencari set yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk bayi menyusu. Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi adalah yang berasaskan ramuan tradisional dan semulajadi seperti herba, jamu dan set bersalin yang terdiri daripada pil-pil.

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  2. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  3. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  4. Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set bersalin tradisional (jamu).
Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh ataupun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.


Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bayinya mengalami jaundis tidak boleh mengambil jamu kerana dikhuatiri isi kandungan tertentu yang akan melambatkan lagi hilangnya jaundis pada bayi tersebut.
  
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan  berpantang moden Shaklee. Ianya paling sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.  

Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

B COMPLEX
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ




Oleh itu, berpantang dengan Shaklee dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang baru bersalin, yang menjalani pembedahan serta yang mengalami masalah keguguran rambut.

Namun begitu, Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin semulajadi dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk memastikan sistem tubuh berfungsi secara optimum.

Set bersalin Shaklee dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang!
Set bersalin Shaklee pastinya set berpantang yang paling digemari  

~Sharing is Caring~
Suzie Christopher

Selasa, 26 November 2013

Vivix terbaik untuk kesihatan My Parents

My VIVIX model-



"They r my soul, My Happiness".. My mum n dad taking Vivix 4 their health

Paling best Shaklee ni saya tak perlu lantik mana2 artis or individu lain utk menunjukkan hasil dan keberkesanan Shaklee ni.


Insan di dalam gambar ini merupakan insan paling bermakna dan paling saya sayangi. My Mum n Dad- ya lh makin berumur makin lh kesihatan tidak menentu kn? Dulu They Do everything 4 me, dan sekarang giliran saya membalas jasa mereka, memastikan mereka sihat walfiat dan gembira selalu.


Reaksi permulaan My Dad pada pmulaan disuruh amik Vivix.." Taknak lah, bagi ur mum je. Dia lebih memerlukan. Kalau share berdua, cat hbs. Barang mahal tu". U c, betapa sayangnya My dad ngan Mum, bg dia biarlah mum sihat sejahtera.itu dh cukup buat dia bahagia.


Then suruh My mum pujuk Dad, cos pada masa tu paras Gula dalam darah My Dad tiba2 mencecah 13.7. Tipy lh wei kalau kata I tak risau. I siap amik cuti hantar my Dad ke hospital buat follow up. Then Doctor tukar ubat, ubat plak tak serasi dgn badannye. Dady jd muntah2, pitam, demam.. Alahai saya yg nengok mcm nk nangis. Sian my Dad, dhla sakit. Makan ubt bukan bertambah baik, bertambah sakit plak.


At last my Dad setuju gak telan Vivix tu, mula2 kena paksa. Lepas 2 minggu my Dad follow up lagi ke Hospital- Wow!! Paras gula dh turun ke 7.2, tekanan darah pun dh ok. "Hebat juga Vivix ni".. Dady habaq lh.. Dalam hati i" nah dad, baru tau"


Sekarang kn, My mum n Dad tak yah suruh . After taking lunch je terus tanya mana TONIC HEBAT SHAKLEE tu.. Hahahhaa.. 


Seronoknya hanya Tuhan yg tahu apabila usaha yg kita ambil mampu membuatkan mereka tersenyum bahagia, sehat sejahtera. Syukur sangat dapat kenal SHAKLEE, kenapa tidak ditemukan dari dulu lg kn. 


Nextmonth kita dh plan buat Family Vacation- tak sabar rasanya nk luangkan masa with Family. Kalau dulu, my Mum owest tolak kalau kita org adik beradik bawa jalan2, melancong bagai. Sekarang my Mum said" Jum ler, nk p mana"


Saja je nk sharing betapa Indahnya kehidupan bila anda membantu dan memberi sumbangan besar kepada kesihatan org lain terutama UR PARENTS sendiri.


~Sharing is Caring~

Suzie Christopher

019-8849305

Sabtu, 23 November 2013

CoQ10 terbaik untuk kekal muda

Kebaikan CoQ10 untuk Kulit lebih Cantik dan Menawan

Kesan Koenzim Q10 atau CoQ10  pada kulit adalah mengurangkan kemunculan kedut dan mengekalkan kulit lembap dan kelihatan lebih muda. Ia juga boleh mengurangkan kesan gelap atau merah disebabkan oleh jerawat, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, atau penuaan. Ramai orang juga mengambil Koenzim Q10 atau CoQ10 ada kulit untuk mengurangkan dan mencegah selulit.

Apa itu Koenzim Q10 atau CoQ10 dan fungsinya pada kulit?

Koenzim Q10 atau CoQ10, atau ubiquinone adalah bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh sel-sel, terutamanya dalam mitokondria, iaitu tempat 'punca tenaga' sel. Dengan kata lain, bahan ini sangat menyumbang kepada pengeluaran tenaga untuk keseluruhan tubuh badan, terutamanya di organ-organ penting seperti buah pinggang dan jantung. Malah, 95% daripada tenaga yang diperlukan oleh badan manusia dibekalkan dengan Koenzim Q10 atau CoQ10.

Kajian saintifik juga telah menunjukkan Koenzim Q10 atau CoQ10 bertindak seperti antioksidan dengan menghalang tekanan oksidatif dari merosakkan sel-sel. Apabila kita semakin berumur,Koenzim Q10 atau CoQ10 kurang menghasilkan ubiquinone dan kulit akan menunjukkan kesannya apabila ia semakin kendur dan kurang menarik.



Kebaikan Koenzim Q10 atau CoQ10 pada kulit

Ramai mendapati kedutan muka dan garis-garis halus pada muka mereka berkurang selepas menggunakan Koenzim Q10 atau CoQ10 secara konsisten. Apabila seorang wanita semakin berumur, sel-sel kulit yang semakin tua tidak digantikan dengan yang baru kerana kekurangan penghasilan ubiquinone dan kekurangan tenaga oleh mitokondria sel. Ia boleh menyebabkan kedutan pada kulit dan menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya. Untuk mengatasinya, kita boleh menggunakan produk yang mengandungi Koenzim Q10 atau CoQ10 bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan dan menyegarkan kulit dengan sel-sel kulit baru.

Koenzim Q10 atau CoQ10 membantu kulit untuk lebih anjal dan lembut

Satu lagi kesan Koenzim Q10 atau CoQ10 pada kulit ialah dengan meningkatkan kelembutan dan kelembapan kulit. Kulit wanita yang berumur tidak mampu mengekalkan kelembapan dan sentiasa terhidrasi, menyebabkan ia kurang lembap dan menambah garis-garis halus. Kurang penghasilan ubiquinone oleh sel juga menyebabkan sel kurang penghasilan kolagen dan kurang kenyal atau elastik. Tidak hairanlah jika kulit semakin tidak anjal mengikut peredaran usia. Suplemen Koenzim Q10 atau CoQ10 akan menggalakkan menghasilkan kolagen pada kulit seterusnya melembapkan kulit dan menjadikan ia lebih lembut.



Koenzim Q10 atau CoQ10 mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit akibat faktor umur

Pengurangan  kesan tua pada kulit akibat faktor umur merupakan satu lagi kesan Koenzim Q10 atau CoQ10 di mana ia mengurangkan kedutan disebabkan penggantian sel mati yang cepatUbiquinone juga membantu tubuh menyerap vitamin C dan E, kedua-duanya membantu pembaharuan sel-sel kulit danmencerahkan tompok-tompok hitam.

Keupayaan Koenzim Q10 atau CoQ10 untuk membekalkan tenaga membantu mempercepatkan metabolisme badan, dan oleh kerana itu,  ia sering dimasukkan ke dalam krim anti-selulit yang sering digunakan pada kaki dan punggung, kawasan-kawasan yang sering mengandungi paling banyak lemak pada wanita. Keupayaan bahan untuk mengurangkan keradangan kulit juga boleh menyumbang kepada kesan anti-selulit itu.

sumber: http://www.wisegeek.com/what-are-the-effects-of-coenzyme-q10-on-skin.htm

Shaklee menawarkan produk baru untuk bekalan CoQ10 anda iaitu CoQHealth Plus. Hanya satu capsul untuk sehari, mengandungi 30 biji dalam satu botol. Sesuai untuk keperluan sebulan.


~Sharing is Caring~
Suzie Christopher
019-8849305



Jumaat, 22 November 2013

Bahaya Sembelit kepada Kesihatan anda

SUDUT KESIHATAN

TOKSIN DAN SEMBELIT

PENGAMALAN CARA HIDUP MODEN DAN PENGUMPULAN TOKSIN

Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.


Apakah itu sembelit dan najis terlonggok?

Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus… Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.

Apa itu najis terlonggok?

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.



MENYAHTOKSIK RAHSIA UNTUK KEKAL MUDA DAN SIHAT

Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.

BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:

- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia –masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.

APA YANG ANDA DAPAT JANGKAKAN DARI PROGRAM MENYAHTOKSIK YANG BAIK

* Kesihatan keseluruhan yang lebih baik – rasa lebih bertenaga dan cergas
* Daya ketahanan badan yang lebih kuat
* Fungsi penghadaman yang lebih baik – kurang angin dan senak
* Pembuangan air besar yang kerap
* Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
* Kulit yang lebih cerah dan sihat
* Badan yang lebih langsing
* Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.

Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.

Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.

Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.



Usus Bermasalah Mengundang Penyakit Usus Kita

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Masalah Usus Dan Sembelit Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.

Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Pemakanan

- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).

- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.

- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.

- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.

- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).



Makanan dapat diibaratkan sebagai bahan bakar yang paling mustahak untuk manusia. Ia boleh dikatakan bahawa kesihatan kita adalah dibina daripada makanan yang kita makan pada setiap hari. Walaupun pembangunan yang pesat dalam ekonomi negara, peningkatan taraf kehidupan dan kemajuan teknologi perubatan, tetapi kesihatan kita tidak semestinya meningkat secara mendatar. Sebaliknya, semakin ramai menghidap penyakit moden pada masa kini. Untuk mengelakkan penyakit moden, pemilihan makanan berkhasiat untuk kesihatan menjadi isu yang hangat untuk zaman moden ini. Menurut Hippocrates (460-377 B.C.) dari Greek, dia juga dikenali sebagai "father of Medicine". Beliau pernah berkata, :" Food is your medicine, and you are the doctor of your body, but no one else" yang bermaksud bahawa makanan adalah ubat semulajadi anda, dan anda adalah doktor kepada badan anda, tiada sesiapa pun dapat menggantikannya.
Bagaimanakah memilih makanan yang sihat? Cara-cara untuk menjaga kesihatan badan seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, mencegah penyakit kanser , tekanan darah tinggi dan penyakit jantung; cara-cara ini telah memaparkan satu prinsip yang sama, iaitu "3 RENDAH 1 TINGGI". Prinsip ini mengutamakan makanan lemak yang rendah, mengurangkan pengambilan gula dan garam serta meningkatkan pengambilan fiber.

RENDAH LEMAK

Lemak adalah sumber yang baik dan diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan. Ia boleh membekalkan tenaga kepada badan manusia. Sumber lemak boleh didapati daripada minyak masakan, makanan tinggi lemak seperti makanan bergoreng, kuih-muih dan daging. Pengambilan makanan yang tinggi dalam lemak akan menyebabkan tenaga mudah distor dalam tisu adipos tubuh. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar, kegemukan dan lain-lain masalah kesihatan.
Memilih minyak berlemak rendah seperti minyak zaitun atau minyak tumbuhan, mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, makanan daging, kuih-muih tinggi lemak, snek dan kekacang merupakan cara yang baik untuk mencegah diri daripada makanan berlemak tinggi. Di samping itu, cara masakan seperti stim, kukus, memanggang dan rebus boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam tubuh. Manakala dari segi makanan berdaging, digalakkan mengambil daging putih seperti hasilan laut, ayam dan mengurangkan daging merah seperti lembu dan kambing. Ini adalah kerana daging putih kurang kolesterol dan lemak jika dibandingkan dengan daging merah.

RENDAH GULA

Granul Gula adalah sumber utama rasa manis dalam makanan. Gula digunakan secara meluas dalam industri makanan memproses dan snek yang manis. Ramai orang mengemari memakan makanan yang diproses dan makanan manis pada zaman kini. Walau bagaimanapun, gula hanya memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan, ketidakseimbangan nutrisi dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Pengambilan makanan yang manis untuk suatu jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegemukan, mempengaruhi menjejaskan selera seseorang, mengakibatkan kerosakan gigi, meningkatkan kandungan bakteria yang berbahaya dalam usus badan dan sebagainya.
Untuk menjamin kesihatan anda, pengawalan pengambilan gula dan makanan manis adalah sangat penting. Kurangkan pengambilan snek yang bergula tinggi, minuman bergula dan kuih-muih yang manis.

RENDAH GARAM

Garam adalah unsur utama menambahkan rasa makanan. Makanan yang kurang garam akan menyebabkan seseorang tiada selera untuk memakan. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Garam yang berlebihan dalam tubuh juga membebankan pesakit buah pinggang. Orang yang sihat dinasihatkan supaya pengambilan garam dalam purata hariannya tidak melebihi 6-8g. Manakala pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi pula dinasihatkan supaya mengehadkan kadar pengambilan garam. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang telah mengambil garam yang lebih daripada apa yang disyorkan.
Cara mengurangkan pengambilan garam termasuk mengehadkan penggunaan garam dalam masakan, kurangkan makanan mengasin, rempah segera, makanan mengetin dan makanan segera. Selain daripada itu, anda juga digalakkan supaya selalu menyediakan makanan sendiri di rumah dan menggelakkan memakan di luar.

TINGGI FIBER

Fiber tumbuhan seperti beras kasar, oats psyllium husk, hawthorn berry adalah pelincir usus semulajadi . Fiber boleh mengurangkan masa yang diambil oleh sisa makanan untuk melalui saluran usus besar. Fiber membantu mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan. Ia dapat membantu membersihkan kolon secara efektif, menggalakkkan pertumbuhan bakteria baik dan merendahkan risiko penyakit kolon supaya badan akan sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Selain daripada itu, fiber juga berefektif untuk mengawal berat badan dengan memberikan perasaan kenyang dan membantu mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan. Maka, makanan berfiber tinggi boleh mendatangkan manfaat untuk kesihatan badan.
Kami boleh mengamalkan prinsip "3 Rendah 1 Tinggi" dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan mengurangkan makanan daging, makanan diproses, makanan segera, minyak berlemak tinggi dan perisa-perisa yang lain. Produk PHHP - Phyto Greens dan Phyto Fiber adalah produk dirumus khas yang berdasarkan prinsip " 3 Rendah 1 Tinggi " untuk memberikan nutrisi yang seimbang kepada anda


Rabu, 20 November 2013

Mealshake Shaklee

Anak anda mengalami masalah susah makan?
Cerewet dalam pemilihan makanan?
Buntu mencari menu makanan anak?

Meal Shakes dari Shaklee dapat membantu anda!


Meal Shakes keluaran Shaklee mengandungi sumber-sumber protein yang kaya dengan vitamin dan garam mineral tambahan. Ia juga mengandungi ke semua sembilan asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk tumbesaran yang sihat dan perlindungan kepada kesihatan yang optimum. Nutrisi di dalamnya amat mudah diserap oleh tubuh badan. Meal Shakes Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactabumin (iaitu sejenis ekstrak susu) dan lain-lain.

Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Shaklee amat sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat sama ada bayi, anak-anak yang sedang membesar, ibu hamil / mengandung, para atlit, golongan vegetarian, pesakit, orang bekerjaya yang tidak sempat menyediakan makanan berkhasiat, baik lelaki mahupun wanita.

Setiap hidangan yang dicadangkan membekalkan 35% nutrisi harian yang diperlukan dengan 23 vitamin dan mineral asas. Sumber nutrisi yang kaya dengan fiber dan protein. Malah hanya mepunyai 240 kalori sahaja untuk setiap hidangan  apabila diambil bersama susu rendah lemak. Ia juga kaya dengan kalsium dan mempunyai nilai GI (Glycemic Index) yang rendah. Amat sesuai untuk pesakit diebetes.

Hidangan yang lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti akan digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

 

Kebaikan dan kelebihan Meal Shakes Shaklee

  1. Nutrisi lengkap – menyediakan 24 jenis vitamin, garam mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh.
  2. Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh badan. kaya dengan protein (yang tidak mengandungi laktosa), dapat membantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah sistem imun dan lain-lain.
  3. Membantu tumbesaran – mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan utuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar. Amat sesuai untuk kanak-kanak dan anak-anak yang sedang membesar.
  4. Antioksidan – mengandungi Vitamin A, C, E, zinc, dan selenium yang merupakan agen anti-oksidan yang bertindak melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
  5. Mengambalikan seri wajah – mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi yang cukup untuk membina sel darah merah yang sihat, sekaligus menjadikan wajah dan kulit lebih cantik dan sihat.
  6. Detox Agen – menggalakkan detoksifikasi iaitu proses perkumuhan yang sihat. Kerana ia kaya dengan serat dan fiber untuk membantu membunag lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  7. Lazat – ianya enak diambil bersama susu dan buah-buahan menjadi milkshakes yang sedap.

Cara menggunakan  cara bancuhan
Campurkan 2 sudu besar Meal Shakes Shaklee bersama Energy Soy Protein (ESP) atau Performance Drink, atau diminum begitu sahaja.
Sesuai juga dicampurkan dengan susu dan buah-buahan untuk menjadi milkshakes buah-buahan.
Untuk bayi yang susah makan, boleh dicampurkan satu sudu kecil di dalam susu botol.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

Suzie Christopher/ 019-8849305@ email kepada suezcr@yahoo.com

Vitalea - MULTIVITAMIN terbaik dan terawal dunia

Pernah tak anda makan multivitamin? Tak kisah la apa juga jenama multivitamin yang banyak ada di pasaran sekrang ni. 

Vitalea Shaklee Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

✔ 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
kerosakan fungsi imun berpunca daripada 

radikal bebas

✔ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
tulang

✔ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
rentak jantung, otot, dan fungsi saraf

✔ 2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk 
vitamin A yang lebih biopotent

✔ 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
paru-paru, kolon dan prostat

✔ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
proses pembinaan tulang

✔ 6 kali lebih boron untuk menyokong 
kesihatan tulang

✔ 10 kali lebih Biotin yang menyokong 
proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Siapa yang perlu makan Shaklee Vita-Lea nie?

- Secara umumnya, untuk semua orang dewasa yang pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, dan yang makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang.

- Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawalmasalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.

- Diformulasi dengan Iron yang penting untuk pembentukan sel darah merah di dalam badan.

- Ibu mengandung yang selalu kena anemia. Tak perlu susah payah makan kerang atau organ dalaman lain. Zat besi perlu untuk pembentukan sel darah merah buat janin/ bayi di dalam kandungan.

- Ibu menyusu, terutama yang bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan. Sebab itu ibu-ibu digalakkan memberi ikan bilis dalam makanan pejal pertama si manja. Dengan pengambilan Vita-Lea, Insya Allah kandungan zat besi di dalam susu ibu dapat di kekalkan pada paras yang selamat. Sebab itu kami cadangkan Vita-Lea di dalam Set Penyusuan Shaklee kami.

- Cegah penyakit tiroid atau beguk. Penyakit beguk nie di sebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari, untuk memperolehi sumber 150 mcg Iodine, ya. InsyaAllah.

- Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

- Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-

* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* perairan / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

~Sharing is Caring~
Suzie Christopher
SID: 911463

Ostematrix bukan sekadar Kalsium

Kelebihan Kalsium Shaklee (Ostematrix) Untuk Tulang

Anda tentu biasa dengar berkenaan kalsium kan? Rasanya jarang yang tidak tahu pasal kalsium kerana hari-hari kita dihidangkan dengan iklan susu. Semua sedia maklum yang susu mengandungi kalsium. Tahukah kita betapa peningnya kalsium? Kepentingan utama kalsium sudah tentu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Beberapa fakta menarik lain tentang kalsium (ostematrix) saya petik dari web Shaklee.

Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:
1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2. Membantu pengecutan otot dan saraf
3. Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Amat sesuai bagi wanita   yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.


Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?


KALSIUM

250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.

VITAMIN D

Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol' (dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.


Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:


1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot


Salah satu hotselling produk di K3S ---> OSTEOMATRIX. 
Kenapa laris sangat Osteomatrix ni? Sebelum tu jom kenali apa dia Osteomatrix.

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.

"Ramai menganggap pil suplemen semua sama. Begitu juga apabila bercakap tentang sumber kalsium. Ramai yang menganggap semua kalsium adalah sama.

Jawapannya tidak. Kalsium, terutama pil kalsium adalah berbeza antara satu sama lain. Pil-pil kalsium terdiri dari pelbagai jenis, antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya.


Itupun, pil kalsium sahaja tidak cukup kerana ia memerlukan Vitamin D untuk penyerapan.


Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, ya hasilnya tulang dan gigi yang kuat. Tapi tahukah anda itu tidak cukup?


Kerana tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain. Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen.


Anda boleh perhatikan kandungan didalam Osteomatrix seperti dibawah: 

Supplement Facts Serving Size: 4 Caplets Servings per Container: 30
Ingredients
Amt Per Serving
Units
%Daily Value
Total Carbohydrate
<1
g
<1%**
Vitamin D3 (as cholecalciferol)
400
IU
100%
Vitamin K (as phytonadione)
40
mcg
50%
Calcium (as calcium carbonate, calcium citrate and calcium citrate malate)
1,000
mg
100%
Magnesium (as magnesium oxide, magnesium citrate and magnesium gluconate)
400
mg
100%
Zinc (as zinc gluconate)
1.5
mg
10%
Copper (as copper gluconate)
0.2
mg
10%
Manganese (as manganese gluconate)
0.2
mg
10%
Sodium
5
mg
<1%
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)
3
mg
*
** Percent Daily Values (DV) are based on a 2,000 calorie diet. * Daily Value not established


Inilah masanya untuk hadiahkan kepada yang tersayang! Duit bukan ukuran jika dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat.






Hubungi saya untuk maklumat lanjut-Suzie Christopher/ 0198849305