Apa Itu VIVIX Shaklee?
Promo Vivix datang lagi tapi masih ramai yang tidak pasti apa yang hebat sangat pasal vivix atau tonik anti penuaan ni??
Sebagai agen Shaklee yang sah saya malu bila orang tanya tapi saya tak tahu macamana nak terangkan. Saya sendiri pun masih keliru akan kehebatan vivix dan bagaimana ianya berfungsi atau memberi kesan kepada kesihatan kita. Nasib baik minggu lepas saya mengambil inisiatif yang sangat berharga bagi saya dimana saya telah menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee.
(SELEPAS MENGHADIRI BENGKEL NUTRISI)
Selepas menghadiri bengkel nutrisi baru lah saya faham. Sebab tulah orang kata lebih baik belajar direct dari cikgu daripada belajar sendiri dari buku. ^_^
Gambar kat atas ni adalah gambar sel DNA kita. Kalau kita menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi, sel DNA kita semakin lama semakin pendek. Bagi orang yang sihat, sel panjang dan kuat. Bagi orang yang sakit sel pendek, mudah musnah dan akhirnya mati.
Semakin kurang sel sihat maka semakin sakit lah kita.
Disinilah vivix memainkan peranan yang penting. Bila kita amalkan Vivix, bahan yang terkandung didalam vivix akan bertindak dalam 4 cara keatas sel badan kita.
1. Memanjangkan tempoh hayat sel.
2. Memperbaiki sel-sel yang hampir musnah.
- dalam bahasa pasarnya, sel yg pendek dipanjangkan semula.
3. Menguatkan sel-sel supaya tidak mudah musnah (Perlindungan Selular)
4. Mempertingkatkan fungsi sel
Apa yang boleh kita simpulkan disini, bila kita makan atau amalkan vivix, kita sebenarnya membantu sel-sel badan kita untuk menjadi sihat. Seluruh badan kita terdiri dari sel. Jadi sihat kan sel In Shaa Allah sihat lah badan kita.
Kelebihan lain:
1. Vivix meningkatkan kesuburan
2. Menurunkan paras kolestrol dan mencairkan darah
3. Melambatkan penuaan
4. Mencegah Kanser
Dapatkan Vivix Bulan ni. Kenapa? Kerana bulan ini Shaklee memberikan anda peluang dapatkan Vivix dengan harga Tawaran hebat.
Soalan BASIC mengenai VIVIX yang sering saya terima:
1. Apa Vivix tu?
Vivix tu tonik penuaan dan agen melawan kanser.
2. Apa ramuan UTAMA yang terkandung dalam Vivix?
4 Ramuan Utama Vivix:
a. Polygonum Cuspidatum
- fungsinya adalah memperbaiki sel mati dan meningkatkan penghasilan sel hidup.
b. Anggur Muscadine
- anggur ni adalah anggur yang mempunyai kuasa antioksidan tertinggi di kalangan anggur-anggur didunia. (kuasa antioksidan 40kali ganda dari anggur biasa).
- kalau beli kat US, harga 1 gugus anggur Muscadine ni adalah 70USD tau. Mahal tak?? Vivix memang dah sangat murah kalau dibandingkan dengan harga anggur ni.
- Padahal yang paling diperlukan hanyalah kulit luarnya sahaja. Sebab kat kulit anggur ni terkandung Polifenol yang sangat tinggi. Polifenol ni lah agen pemangkin kepada Resvestrol untuk menjadi 10kali ganda lebih hebat dari Resvestrol sahaja.
c. Elderberi Eropah
d. Lobak Ungu
* Vivix mengandungi Resvestrol dan 15 Polifenol adalah 10kali ganda lebih hebat dari Resvestrol itu sahaja.
3. Resvestrol tu apa benda?
Resvestrol tu merupakan agen anti penuaan yang paling kuat dari alam semulajadi. Kesan anti-inflamasi nya juga adalah 60kali lebih tinggi daripada Aspirin.
4. Berapa harga Vivix?mahal ka?
Harga runcit Vivix ialah RM475. Kalau anda beli bulan ni, anda boleh dapatkannya pada harga promo RM407.
Sehari anda membelanjakan sebanyak RM13.60 untuk 1 sudu teh vivix.
5. Boleh tahan berapa lama?
1 botol Vivix mengandungi 150ml. Satu hari anda hanya perlu makan sebanyak 1 sudu teh sahaja. 1 botol boleh bertahan untuk 1 bulan.
6. Boleh percaya ke ni? Dah terbukti ke ianya boleh merawat penyakit?
Untuk pengetahuan anda, semua produk shaklee bukan untuk tujuan merawat penyakit. Namun anda sendiri boleh cuba.
Anda percaya atau tidak terpulang kepada anda. Tetapi tidak salah jika anda ingin melabur sedikit wang untuk kesihatan sendiri atau mak ayah anda. Lagipun tidak perlu takut. Vivix bukannya ubat-ubatan.
Ianya sangat semulajadi. Tidak mengandungi dadah seperti ubat-ubatan hospital yang anda makan setiap hari. Mengapa anda risau nak makan bahan yang sudah terbukti semulajadi dan halal? juga tidak mengandungi bahan kimia dan dadah.
Jika penyakit sudah parah, tidak perlu berfikir-fikir lagi untuk mencuba apa-apa sahaja kaedah yang ada. Siapa tahu Vivix boleh menyembuhkan anda. Kita manusia perlu berusaha dan berdoa agar diberi kesembuhan oleh Allah.
~Sharing is Caring~
Suzie Christopher
Tiada ulasan:
Catat Ulasan