Vitamin C kini Coming Back
Salah
satu vitamin yang wajib saya amalkan setiap hari ialah Vitamin C
Shaklee yang bersifat Sustained-Released (atau Time-Released), atau
dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan
dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini?
Bagi pengamal suplemen Shaklee, anda wajib mengambil tahu maklumat ini.Keistimewaan Vitamin C Shaklee
(1)
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin
diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang
menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa
ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan
mengikut masa tertentu
(2)
Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya,
mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang
mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan
di dalam badan.
Maka,
tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap
ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos
vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam
masa 2-3 jam sahaja.
(3)
Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang
optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian
(perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Walaubagaimanapun,
anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda
kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam
masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan
tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang
bersifat sustained release.
Kelebihan Vitamin C Shaklee berbanding Jenama lain Di Pasaran
Dalam banyak-banyak vitamin, vitamin yang paling saya kenali adalah
vitamin c. Ini kerana sejak dari kecik, jika ke klinik, vitamin c
kanak-kanaklah yang akan dibeli abah untuk dibawa pulang. Kami adik
beradik memang ambil suka dengan vitamin c masa tu tapi tidak pernah
tahu apa kepentingannya.
Setelah dewasa dan mengenali Shaklee, saya lebih teruja untuk mengetahui
khasiat vitamin c terutamanya vitamin C Shaklee kerana ada perbezaannya
berbanding Vitamin C lain.
APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?
1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk
sustained release iaitu
dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c
sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah
musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi
sustained release adalah sangat diperlukan.
2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji
oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak
100mg setiap jam untuk satu tablet.
3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan
bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
MANFAAT VITAMIN C
Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan
dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk
mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang
digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan
penyembuhan luka.
Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal
bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan
radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit
yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.
Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.
Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia
merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia
umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika
kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat,
cure, or prevent any disease.
---------------------------------------------------
Hubungi saya dengan sms ke 0198849305 atau emailkan ke suezcr@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Kebaikan Vitamin C Selain Daripada Untuk Kulit Yang Cantik
Ramai yang tahu vitamin C memainkan peranan yang penting dalam sistem badan kita, bukan sekadar untuk kulit yang cantik, malah macam-macam lagi! Namun, apakah perkara yang sebenarnya di lakukan vitamin C untuk memelihara kesihatan kita? Berikut adalah fungsi dan kebaikan vitamin C untuk menjaga kesihatan badan kita.
Melawan jangkitan kuman
Vitamin c hanyalah vitamin tetapi ia di perlukan sebagai sokongan untuk interferon, antibodi dan sel darah putih melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Bekalan vitamin c yang mencukupi akan menguatkan sistem pertahanan badan kita secara tidak langsung.
Mengawal serangan asma dan alergi
Jika kia ni jenis yang selalu alami masalah asma dan histamin, ambillah vitamin C. Vitamin C akan bertindak sebagai anti-histamin di mana ia mengurangkan risiko anda daripada terkena serangan yang di sebabkan alergi. Untuk asma pula, vitamin C menghalang radang pada tisu paru-paru daripada terjadi. Namun, perlu diingat Vitamin C bukanlah ubat di mana kita akan segera sembuh selepas mengambilnya. Kita perlu ambilnya secara konsisten dan sedikit demi sedikit badan kita akan jadi kuat untuk melawan serangan asma dan alergi.
Mengurangkan risiko sakit jantung
Menurut kajian, jantung kita ni senang sakit jika bekalan vitamin C di dalam badan kita kurang. Vitamin C akan menghalang lemak-lemak yang berada di dalam darah daripada berkumpul di saluran arteri di mana ia adalan punca pada serangan jantung.
Mengimbangi kesan stress
Seperti yang kita tahu, stress adalah punca kepada banyak penyakit mental dan fizikal. Bekalan vitamin C yang cukup akan imbangi kesan stress di mana ia akan neutralkan toksin ia terhasil ketika diri sedang stress.
Mengawal penyakit Gout
Gout terjadi di sebabkan lebihan asid urik di dalam badan. Vitamin c boleh mengurangkan asid urik di dalam badan.
Batu hempedu
Vitamin c membantu menghalang pembentukan batu hempedu.
Memelihara kesihatan mata
Vitamin C akan melindungi mata daripada terkena katarak dan gloukoma.
Panduan Mengambil Supplemen Vitamin c untuk kesan yang optimum.
- Ambil vitamin C selepas makan. Vitamin C yang di ambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk di cerna dan lebih cepat memasuki darah.
- Untuk penyerapan iron pada tahap optimum, anda ambil ia bersama dengan vitamin C. Gabungan iron dan vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.
- Untuk kesan lebih optimum, ambil vitamin C yang mempunyai ciri-ciri ‘ sustained release’ di mana vitamin C hanya akan di lepaskan jika badan kita tidak cukup vitamin C.
- Jangan ambil dos yang tinggi sekaligus, ambil ia secara berperingkat.
Produk Terbaik untuk supplemen Vitamin C adalah Vitamin C Plus Shaklee
Vita-C Plus Sustained Released 500 mg
Ingat ya, kebaikan dan fungsi Vitamin C bukan sahaja terhad untuk kulit yang cantik, tetapi banyak lagi fungsinya. Jadi, usah terlalu obses dengan pengambilan vitamin C dengan harapan kulit menjadi gebu semata-mata. Malah, kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata. Haruslah sabar dan konsisten mengambil, barulah kesan optimum dapat dirasai.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan